Inilah Sebab Kenapa Rakyat Sabah Sayangkan Tunku Abdul Jalil

9:32 AM by Muhammad Rafik Bakhtshiren
Inilah Sebab Kenapa Rakyat Sabah Sayangkan Tunku Abdul Jalil



Sebaik saja menatap gambar-gambar Almarhum Tunku Abdul Jalil melayan orang tua dengan penuh kasih sayang, kami terasa sebak.. Betapa penyayangnya almarhum dengan rakyat biasa. Anda saksikan sendiri bagaimana Almarhum Tunku Jalil melayan rakyat dan bagaimana Baginda sanggup duduk di lantai.



Ramai yang bertanya, kenapa Tunku Jalil sangat disayangi rakyat Sabah? Ini jawapannya.


10 Mac 2013, Kg Parit Punggur Darat Rengit Batu Pahat Johor - Y.A.M Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim telah berkenan berangkat melawat keluarga mangsa korban tragedi pencerobohan Lahat Datu, Allahyarham Sarjan Abd Azis Bin Sarikon(48) dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau.


Majlis tahlil ringkas dijalankan bersama-sama Tunku Jalil, sanak saudara terdekat dan sahabat handai Allahyarham. Tunku Laksamana Johor turut menyampaikan surat penghargaan dan ucapan takziah daripada D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar(Sultan Johor) dan D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, dua naskah Al-Quran dan sumbangan wang serta barangan keperluan harian. Turut hadir bersama wakil daripada Khidmat Masyarakat Kebangsaan, Bulan Sabit Merah Malaysia Yang Berhormat (YB) Dato Hj Mohd Rashidi bin Mohd Noor.

Tiada kata kata yang mampu kami ungkapkan tatkala menatap semua gambar gambar yang kini menjadi kenangan. Tanpa mengira pangkat, darjat, almarhum melayan rakyat sama rata tanpa beza. Betapa mulianya hati almarhum. Semoga syurga buatmu Tunku Jalil. Al Fatihah. 

sumber ahmadalbabs via PenMerah

0 comments:

Post a Comment