Tragedi 1 Disember - Bas ekspres terjunam ke dalam gaung

10:04 AM by Muhammad Rafik Bakhtshiren
Bas ekspres terjunam ke dalam gaung


Tragedi 1 Disember - Bas ekspres terjunam ke dalam gaung

KOTA KINABALU - [DIKEMASKINI] Tiga maut dan 23 orang lagi cedera selepas sebuah bas ekspres dan sebuah kereta jenis Proton bertembung di simpang Kg Kiau, Jalan Ranau-Kota Kinabalu, sebelum kedua-dua kenderaan itu terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 200 meter.    
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Belud Asisten Superitenden Jamzani Jubin berkata mereka yang terkorban dikenali sebagai Helena Anag, 49, Petrus Anag, 39, dan Rumex Juari, 26.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Nordin Pauzi berkata kesemua yang terkorban adalah pemandu dan penumpang kereta berkenaan manakala yang cedera terdiri daripada pemandu dan penumpang bas ekspres.


Tragedi 1 Disember - Bas ekspres terjunam ke dalam gaung


Menurut Nordin kesemua yang cedera berjaya dibawa naik dari gaung dan dihantar ke Hospital Kota Belud dan Hospital Ranau untuk menerima rawatan.
"Operasi menyelamat agak sukar kerana terpaksa mengeluarkan mangsa yang tersepit serta menggunakan peralatan hidraulik untuk memotong kenderaan.
"Kaedah 'High Angel Rescue Technique' digunakan bagi membawa naik mangsa yang cedera dari dalam gaung, yang kebanyakannya menggunakan pengusung dan tali," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.



Nordin berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 3.47 petang.
Katanya 112 orang terdiri daripada Special Tactical Operation & Rescue (Storm) dan 25 pegawai dari beberapa balai bomba berhampiran serta 12 anggota pasukan Emergency Medical Rescue Service (EMRS) berserta empat ambulans EMRS terlibat dalam operasi menyelamat berkenaan.
Selain bomba, agensi lain yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (Jpam) dan pihak hospital. - Bernama

sumber Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment